suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular Sawa Ditangkap Di P.Pinang Minggu Lepas Sudah Mati

GEORGE TOWN: Seekor ular sawa berukuran 7.5 meter panjang yang menjadi tumpuan baru-baru ini telah mati.

Reptilia itu yang mempunyai berat kira-kira 250 kg dikatakan telah mati pada Ahad.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang tidak mahu dikenali berkata ular telah bertelur pada Sabtu.

Wakil-wakil daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, mereka akan memberikan butiran kematian pada Selasa.

Ular itu menarik perhatian antarabangsa tidak lama selepas ia ditangkap di sebuah kawasan pembinaan jejambat di Paya Terubong pada Khamis selepas ditemui pekerja pembinaan.

Enam anggota JPAM telah dikerahkan untuk menangkap reptilia yang ditemui di bawah pokok tumbang kira-kira 100 meter dari jalan terdekat.

Ia adalah ular sawa yang terbesar dan yang pernah ditangkap di Pulau Pinang setakat ini.
ular sawa, JPAM

Artikel Lain