Guru Jasmani Diperintah Bela Diri Pertuduhan Rogol Murid - Semasa | mStar

Guru Jasmani Diperintah Bela Diri Pertuduhan Rogol Murid

KUALA LUMPUR: Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya oleh Mahkamah Sesyen Selayang, Selasa.

Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 37, pada akhir kes pendakwaan.

Penghakimannya dibacakan Hakim Zarifah Zainal Abidin.

Tasnim dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati keterangan bersumpah mangsa yang dirogol ketika berusia di bawah 16 tahun itu dilihat boleh dipercayai dan menyakinkan.

Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa dan laporan perubatan, mahkamah mendapati berlaku perbuatan rogol itu.

Mahkamah menetapkan 26 Mei untuk guru itu membela diri.

Pada 9 Jun 2014, Mohd Ezlie Azram yang juga merupakan seorang guru silat mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun, pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun, pada 2013.

Dia yang diwakili peguam Dony Abdullah dan Farhan Read, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Batu Caves di sini antara pukul 1 tengah hari dan 3 petang, 3 Dis 2011 sebelum mengulanginya pada pertengahan Ogos 2013.

Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy telah memanggil lima saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.

Di luar mahkamah, Dony memberitahu pemberita, pihak pembelaan akan memanggil tiga hingga empat saksi pada prosiding membela diri itu.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.