suria

Histeria: Pelajar Sekolah Di Kelantan Didakwa Dibenar Pulang Awal

- Gambar hiasan
KOTA BHARU: Pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dibenarkan meninggalkan sekolah lebih awal selepas seorang guru dan lebih daripada 10 pelajarnya didakwa mengalami serangan histeria.

Lebih daripada 900 pelajar di sebuah sekolah dekat sini dibenarkan keluar pada tengah hari selepas keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang demi seorang pelajar diserang histeria.

Ketika dihubungi, ketua hal ehwal pelajar menafikan bahawa pelajar-plajar di sekolah itu diserang histeria dan berkata pelajar dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu biasa.


Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang enggan namanya disiarkan berkata, seorang atau dua pelajar telah terjejas akibat histeria sejak minggu lepas.

"Minggu ini ia menjadi lebih buruk dan lebih ramai pelajar diserang histeria."

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Ab Aziz Abdullah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Artikel Lain