suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Didenda Kerana Palsukan Tandatangan

KUALA LUMPUR: Gara-gara memalsukan tandatangan rakan kongsi berhubung permohonan lesen perkhidmatan, seorang lelaki didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Isac Deavadas, 59, selepas tertuduh mengaku bersalah memalsukan tandatangan S.Sanan, 51, di dalam borang permohonan untuk lesen pemakai racun makhluk perosak milik Sanan bagi tertuduh memindahkan lesen tersebut kepada Syarikat NBZ Pest Control.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Protech Pest MGT  and  Services Sdn Bhd, 57A Damai Complex, Jalan Dato Haji Eusoff, di sini pada 3.40 petang, 4 Ogos, 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Noor Mousa Azaddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan dia yang mempunyai seorang anak merupakan penanggung utama keluarga.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim.

Artikel Lain