suria

Remaja Lemas Ketika Mandi Di Tali Air

ALOR SETAR: Seorang remaja meninggal dunia selepas lemas dalam tali air ketika mandi di Kampung Terong Asam Lepai dekat sini petang Ahad.

Mangsa ialah Muhamad Kamarul Salleh, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas yang lemas ketika mandi bersama abang dan adiknya di tali air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Arizal Mahmud berkata mangsa ditemui pada pukul 7.34 malam di dasar tali air sedalam 2.4 meter.

"Mayat mangsa ditemui tersangkut dalam lumpur dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.

Lepai, Alor Setar, Lemas

Artikel Lain