suria

Pembangkang Punya 'Peluang Sebenar' Untuk Menang Di 17-22 Kerusi - DAP

Chong Chien Jen
KUCHING: Pakatan Harapan di Sarawak telah selesai mengadakan rundingan kerusi untuk pilihan raya negeri dengan 'peluang sebenar' untuk menang kerusi adalah 17 hingga 22 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, kata Pengerusi DAP negeri Chong Chien Jen.

Chien Jen berkata nama calon akan diumumkan selepas tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian diumumkan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat pada Khamis untuk mengumumkan dua tarikh tersebut.

Chien Jen, ahli Parlimen Bandar Kuching berkata unjuran Pakatan Harapan mengenai kerusi boleh menangnya adalah sama dengan yang dibuat oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

"Adenan berkata Barisan Nasional (BN) boleh menang sehingga 60 daripada 82 kerusi. Kami ramalkan bahawa pihak kami akan menang kira-kira 17 hingga 22 kerusi, di mana ia adalah sama dengan anggaran beliau.

"Bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa kita tidak kata kita akan menang kerusi yang kita bertanding, hanya kemungkinan peluangnya sangat nyata," katanya.

Ditanya sama ada DAP gembira dengan rundingan kerusi dengan ahli-ahli Pakatan Harapan yang lain, beliau berkata rundingan itu adalah mengenai memberi dan menerima.

"Ia bukan tentang gembira atau puas hati, ia tentang memberi dan menerima," katanya sambil menambah kebanyakan kerusi itu akan ditandingi oleh penyandang kecuali untuk beberapa kerusi atas sebab-sebab kesihatan.

Ditanya mengenai terma kerjasama DAP dengan PAS, beliau berkata 'PAS adalah masa lalu dan kami teguh dengan pendirian itu.'

Ketua PKR Sarawak Baru Bian, bagaimanapun, memberitahu The Star Online bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai rundingan yang dimuktamadkan.

Percubaan untuk menghubungi Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak See Chee How tidak berjaya.

Sebelum ini, Baru Bian mengumumkan bahawa rundingan kerusi dalam Pakatan adalah '80 hingga 90 peratus siap.'

Artikel Lain