suria

Operasi Pembenihan Awan Di Utara Bermula Esok

- Gambar fail
KANGAR: Operasi pembenihan awan (OPA) di kawasan utara Semenanjung Malaysia akan dijalankan esok oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut sumber MetMalaysia operasi itu akan dijalankan untuk satu tempoh yang belum ditetapkan.

"Sekarang adalah masa yang sesuai OPA dijalankan iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang namun ia bergantung kepada atmosfera dan kewujudan awan yang sesuai," kata sumber tersebut semasa dihubungi Bernama, Isnin.

Katanya kawasan OPA berpangkalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang merangkumi bahagian Utara Semenanjung termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Suhu semasa di Perlis sehingga pukul 4 petang ini mencatatkan 36.8 darjah Celsius dan suhu maksimum adalah 38.5 darjah Celsius sekitar pukul 1 tengh hari tadi.

OPA, pembenihan awan, MetMalaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain