suria

1MDB: Siasatan PAC Komprehensif

KUALA LUMPUR: Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah komprehensif dan dikendalikan jawatankuasa yang seimbang di bawah bidang kuasa Parlimen.

Anggota PAC Datuk Nawawi Ahmad berkata pembentangan laporan mengenainya juga merupakan satu proses demokrasi tertinggi yang menggambarkan ketelusan integriti Parlimen Malaysia.

"Jawatankuasa (PAC) dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang ini sudahpun sebulat suara, tiada wang atau dana dilaporkan hilang.

"Ia juga merumuskan secara bersama, tiada elemen jenayah atau penyalahgunaan dana awam atau kerajaan sebagaimana tohmah dan tuduhan yang kita dengar selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Anggota Parlimen Langkawi itu berkata sebagaimana telah dimuktamadkan PAC, pihak lain juga perlu memuktamadkan isu itu dan melangkah ke hadapan serta menumpu segala tenaga dan masa kepada pembangunan ekonomi dan negara.-- Bernama

PAC, 1MDB, Nawawi Ahmad

Artikel Lain