suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Serpihan Ditemui Di Pulau Rodrigues Dihantar Pulang Ke Malaysia Hari Ini

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata satu serpihan yang ditemui di Pulau Rodrigues, Mauritius baru-baru ini dan dipercayai daripada pesawat MH370 akan dihantar pulang ke Malaysia, Ahad.

"Sekiranya ada keperluan, serpihan terbabit akan dihantar ke Australia untuk dianalisis dengan lebih terperinci," katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Jabatan Pengangkutan Jalan ke-70 tahun, di sini, Ahad.

Pada 3 April lalu, pakar Kumpulan Bebas (IG) MH370 Don Thompson berkata satu serpihan dipercayai daripada dalam kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 telah ditemui di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER milik MAS membawa 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar selepas kira-kira 49 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain