suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Maklumat Dua Lelaki Uighur Masuk Ke Malaysia - Imigresen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen tidak menerima sebarang maklumat mengenai kemasukan dua lelaki rakyat Turki etnik Uighur yang dilaporkan memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang disyaki merancang melakukan serangan ganas di Thailand, dikatakan meninggalkan negara itu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan dua lelaki itu memasuki negara ini.

"Kami sentiasa berjaga-jaga jika mereka masuk melalui pintu sempadan negara tetapi setakat ini tiada rekod yang menunjukkan mereka masuk ke sini.

"Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua lelaki itu masuk melalui laluan yang tidak diwartakan, ia memerlukan kerjasama daripada agensi keselamatan yang berkaitan untuk mengesan mereka," katanya kepada Bernama, di sini, Ahad.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah menerima maklumat mengenai perkara itu dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga selain menjalankan pemeriksaan yang ketat khususnya berkaitan dokumen perjalanan di pintu sempadan negara.

Semalam, Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana memaklumkan kepada Bernama, dua lelaki berkenaan sedang menuju ke Malaysia menerusi maklumat yang diterima daripada Pejabat Imigresen, Phuket.

Mereka disyaki merancang melakukan serangan ganas di Thailand terutama destinasi pelancongan popular seperti Phuket dan Koh Samui, yang dijangka sesak dengan pengunjung sempena Festival Songkran selama empat hari yang bermula 12 April.

Hujung tahun lalu, dua etnik Uighur China ditahan dan kemudian didakwa di Mahkamah Tentera Thai pada Februari lepas atas tuduhan terlibat dengan pengeboman sebuah kuil di Bangkok yang mengorbankan 20 mangsa dan lebih 120 orang cedera.-- Bernama

Uighur, Imigresen, Sakib Kusmi

Artikel Lain