suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sistem VEP Dilaksana Tahun Ini - Liow

Liow Tiong Lai.

JOHOR BARU: Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk kenderaan asing yang masuk ke Malaysia akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem itu akan diperkenalkan dalam masa terdekat tetapi tiada tarikh sebenar ditetapkan memandangkan 'butiran akhir sedang diusahakan'.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa "The Belt and Road Initiative: The China-Asean Relations" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, Sabtu.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Liow berkata kerajaan yakin sistem VEP itu akan dilaksanakan pada tahun ini kerana ia turut menerima sokongan yang baik daripada Singapura.

Liow Tiong Lai, sistem VEP

Artikel Lain