Rayani Air Gantung Operasi Serta-Merta

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran  memberitahu mStar Online pada pagi Sabtu, penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

"Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada portal berita ini.

Menurut Ravi, pihaknya telah memaklumkan perkara sama kepada pegawai syarikat berkenaan menerusi emel.

Berdasarkan emel itu, Ravi meminta pegawainya supaya  mengarahkan bahagian masing-masing menghentikan operasi dan 'mengira semula aset syarikat'.

"Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang)," ujar Ravi.

mStar Online cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkaitan penggantungan itu, tetapi masih tidak dapat dihubungi setakat ini.

Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.

Dilaporkan, tindakan mogok juruterbang telah menyebabkan beberapa penerbangan Rayani Air dibatalkan.

Keadaan bertambah rumit apabila penumpang tidak berpuas hati kerana hanya diberitahu mengenai pembatalan itu beberapa jam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas.

Sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada Jumaat telah dibatalkan, berdasarkan posting di media sosial yang dibuat penumpang yang tidak berpuas hati.




Rayani Air, mogok, syariah, DCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain