suria

Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dihentikan Sementara

SEPANG: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dilaporkan dihentikan sementara pada Jumaat malam untuk penyelenggaraan baiki kerosakan, menurut pengendali lapangan terbang itu Malaysia Airports.

"Para penumpang, setakat jam 2227, kami dengan rasa dukacita ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan aerotrain kini dihentikan untuk penyelenggaraan segera bagi baiki kerosakan," kata Malaysia Airports di dalam Twitter.

Perkhidmatan aerotrain digerakkan secara automatik untuk membawa penumpang di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.

Berikutan itu, Malaysia Airports berkata perkhidmatan bas disediakan untuk membawa penumpang yang terjejas di antara terminal utama dan bangunan satelit.

"Teruskan bersama-sama kami untuk maklumat dan perkembangan terkini," katanya dalam Twitter. - BERNAMA

KLIA, aerotrain

Artikel Lain