suria

JPA Selesai Proses Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Sedia Ada

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menjelaskan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu bukan merupakan semakan Sistem Saraan, sebaliknya ia adalah penambahbaikan 252 skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

"JPA juga telah mengadakan 87 rundingan melibatkan sesi libat urus yang begitu menyeluruh bagi mencapai hasrat ini. 

"Saya berharap seluruh warga perkhidmatan awam akan menyambut baik usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penjawat awam," kata beliau dalam catatan di laman Facebooknya pada Khamis lepas.

Mohamad Zabidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam membantu menyempurnakan proses penambahbaikan itu. -- Bernama 



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain