suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Mengenai 1MDB - MIC

PETALING JAYA: Individu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu disiasat kerana berunsur khianat, kata pemimpin MIC, Datuk Seri S.Vell Paari.

Bendahari Agung MIC itu berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis mendapati bahawa RM42 bilion tidak hilang dari 1MDB seperti yang didakwa individu tertentu.

Katanya, laporan PAC turut mengesahkan Najib tidak terlibat dalam mana-mana urusan syarikat yang bermaksud segala tuduhan tidak berasas terhadap beliau perlu dihentikan segera.

Vell Paari berkata perhatian kini perlu bertumpu kepada sekumpulan individu yang cenderung mengganggu dan menjejaskan keharmonian negara.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mereka memberikan alasan "Selamatkan Malaysia" tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah satu keganasan zaman baharu dipanggil maklumat keganasan.

"Saya menyeru agar polis mempercepatkan siasatan ke atas semua mereka yang terlibat melakukan pengkhianatan ini. Mereka yang terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dibawa ke muka pengadilan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pemimpin MIC itu seolah-olah merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli-ahli pembangkang yang memulakan gerakan mendesak Najib meletak jawatan baru-baru ini.

Katanya, kumpulan itu cuba menjejaskan kestabilan negara dengan mewujudkan ketegangan dan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia supaya mereka menggunakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

"Pada pendapat saya kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu bertolak-ansur dalam perkara tidak berasas dan sudah tiba masanya untuk menamatkan semua tuduhan tersebut," katanya.

1MDB, S.Vell Paari

Artikel Lain