suria

Hishammuddin Nafi Komplot Jatuhkan Khaled

Hishammuddin Hussein.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa wujud rancangan untuk menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata mereka yang cuba memperlekehkan Johor atau kepimipinan negeri itu hanya membazir masa sahaja dan tidak ada asas.

"Perkara ini tidak sepatutnya jadi isu kerana kepimpinan Khaled di peringkat kerajaan negeri dan badan perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) cukup baik dan membanggakan.

"Saya secara peribadi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Khaled," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hishammuddin berkata beliau tidak  tahu mengenai komplot yang dipercayai dirancang seorang timbalan menteri dari Umno Johor untuk menggulingkan Khaled.

"Saya tidak tahu apa butiran atau siapa, tetapi cukup-cukuplah kerana pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Johor telahpun membuat kenyataan dan saya sebagai Naib Presiden dari Johor yang mengenali Khaled secara dekat mengatakan bahawa isu ini tidak seharusnya timbul," katanya.

Pada Selasa, Shukur Mohamad, anak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz mendedahkan bahawa wujud komplot untuk menyingkirkan Khaled.

Malah, Shukur mendakwa terdapat satu komplot untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua bahagian.



Artikel Lain