suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Kanak-Kanak Dibaham Buaya Ganas Ditemukan

SAMARAHAN: Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata di sini semalam, ditemukan pasukan mencari dan penyelamat pada 8.55 pagi Jumaat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang berusia dua tahun enam bulan ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.

Katanya, terdapat kesan gigitan di bahagian belakang dan bahu kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof, 26, diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, kawasan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mereka.

Abdul Rahim mengalami kecederaan iaitu patah tangan sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya dan beliau diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung itu digerakkan semalam sebaik menerima laporan kejadian tersebut dan ia dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula pagi Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Lain