suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi Didakwa Mengikut OSA

Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa melakukan jenayah fitnah dan dua kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Rafizi didakwa mendedahkan muka surat 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kelulusan di lobi Parlimen pada 28 Mac lalu.

Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Jumaat kerana memiliki laporan audit 1MDB tanpa kelulusan pada 24 Mac di tempat yang sama.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 manakala 29 April ini untuk pengurusan kes.

Rafizi kemudian dibawa ke mahkamah lain di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memfitnah Tabung Haji dalam blognya.

Mohd Rehan menetapkan ikat jamin RM1,000 manakala kes turut disebut semula pada 29 April ini.

Rafizi ditahan di depan pintu Parlimen pada pukul 6.20 petang Selasa lalu.

Rafizi Ramli, OSA

Artikel Lain