suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Kulai Dihalang Masuk Sarawak

Teo Nie Ching
PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang Teo Nie Ching telah dihalang daripada memasuki Sarawak.

Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong (DAP) memberitahu The Star Online pada Jumaat bahawa ahli Parlimen Kulai itu telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Bintulu.


"Dia duduk di depan saya dalam penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Sebaik sahaja tiba di Bintulu sekitar jam 7.45 malam, saya menyedari bahawa dia tidak berada di kaunter imigresen, jadi saya anggap dia sudah melepasinya.

"Saya kemudian bertemu wakil rakyat tempatan dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chin Sing. Kami menunggunya di lapangan terbang. Saya menghantar mesej kepadanya, tetapi tidak sampai.

"Tidak lama selepas itu, saya mendapat mesej teks daripada Nie Ching menyatakan bahawa dia berada di pejabat imigresen dan pegawai-pegawai mahu berjumpa saya," katanya.

Katanya, apabila pergi ke pejabat imigresen di lapangan terbang, dia diberitahu bahawa Nie Ching telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan jam 8 malam.

"Saya juga diberitahu bahawa namanya telah disenarai hitam. Entah bagaimana pada kali ini, saya dibenarkan (ke Sarawak)," katanya.

Nie Ching adalah antara beberapa anggota pembangkang yang telah dilarang daripada memasuki negeri ini selain R. Sivarasa, Mohamad Sabu dan Tony Pua.
Teo Nie Ching, Teo Kok Seong

Artikel Lain