Pemuda Umno Johor Sokong Khaled, Tolak Politik Adu Domba, Hasutan - Semasa | mStar

Pemuda Umno Johor Sokong Khaled, Tolak Politik Adu Domba, Hasutan

Mohamed Khaled Nordin melambai tangan kepada pihak media selepas mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi pada Rabu.Foto:BERNAMA
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
PETALING JAYA: Rakyat Johor mempunyai budayanya sendiri dalam berpolitik dan menolak politik adu domba serta hasutan, kata Naib Ketua Pemuda Umno negeri Sahrihan Jani.

Sahrihan berkata jika benar terdapat dakwaan bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ia tidak akan diterima rakyat Johor secara keseluruhannya.

"Gerakan ini sekiranya benar wujud pastinya tidak dapat diterima oleh bangsa Johor secara keseluruhan memandangkan Johor mempunyai budaya tersendiri dan menolak politik adu domba dan hasutan sebegini," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sahrihan berkata Pemuda Umno Johor menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan seluruh kepimpinan sayap Pemuda di Johor berpegang teguh kepada konsep penghormatan terhadap kepimpinan dan institusi.

"Pemuda Umno Johor menyelar pihak yang sedang cuba untuk meruntuhkan perpaduan Umno Johor dengan menyatakan ada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Menteri Besar Johor setakat hari ini telah merekodkan pencapaian yang cemerlang dengan memperkenalkan  dan melaksanakan program-program dan dasar yang diterima baik oleh rakyat bangsa Johor," katanya.


Sahrihan menegaskan bahawa pemuda Umno Johor teguh berdiri di belakang kepimpinan Khaled dan menyeru ahli-ahlinya supaya tidak melayan isu seperti ini yang dianggap tidak relevan.

Katanya, fokus utama Pemuda Umno negeri pada ketika ini adalah membantu kerajaan negeri yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal relevan di hati rakyat.

"Kita mahu rakyat menilai berdasarkan rekod prestasi dan kemampuan kerajaan negeri melaksanakan dasar dan program yang mentitik beratkan soal kebajikan dan memberi kebaikan kepada rakyat dan bukan penilaian berdasarkan persepsi negatif seperti yang cuba dimainkan ketika ini.

"Menteri besar terbukti telah mampu menyatupadukan ahli Umno dan brgerak dalam misi dan visi yang jelas dan tidak ada sebab beliau perlu ditukar pada ketika ini.
Pemuda Umno Johor , Sahrihan Jani , komplot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MyDeposit Mula Dilaksanakan Hari Ini

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain