suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guan Eng Sedia Jumpa SPRM - Gobind

Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersedia untuk bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata penasihat undang-undangnya Gobind Singh Deo.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis, Gobind yang menemani Guan Eng berkata, beliau sudah berhubung dengan SPRM berikutan laporan berita bahawa SPRM bersedia untuk memulakan siasatan ke atas Guan Eng.

"Saya telah membaca laporan berita mengenainya dan saya telah menghubungi SPRM untuk membuat temujanji.

"Saya sudah mendapat mesej teks daripada mereka dan kini sedang menunggu mereka untuk menetapkan masa dan tempat," katanya.

Beliau menjangkakan sesi itu akan berlaku di Pulau Pinang dan berharap ia berlaku paling cepat, esok.

"Kami sanggup pergi ke pejabat mereka jika perlu dan kami akan bekerjasama dalam setiap cara yang diperlukan untuk siasatan berjalan dengan lancar," katanya.

Mengulas mengenai isu itu, Guan Eng berkata beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan dan menegaskan bahawa beliau tidak terlibat rasuah.

"Jika saya mahu terlibat rasuah mudah saja. ​​Saya hanya dapatkan sumbangan. Tetapi tidak, saya bersih.

"Itu bukan cara kita dan kita bangga melakukan perkara yang betul menggunakan medium yang betul," katanya sambil menambah beliau berharap orang ramai tidak membuat tuduhan tidak berasas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain