suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Peguam Islam Boleh Beramal Di Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Khamis memutuskan hanya peguam beragama Islam, yang mempercayai sepenuh hati dan yakin kepada Allah dan undang-undang Islam, boleh beramal di Mahkamah Syariah.

Dalam penghakiman majoriti 3-2, mahkamah menyampaikan keputusan itu selepas membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap keputusan penting Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan peguam bukan Islam layak untuk menjalankan amalan sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Keputusan majoriti itu adalah daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Azahar Mohamed manakala Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zaharah Ibrahim menentang.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin, yang memohon untuk menjalankan amalan sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Jayaseele, 54, memperoleh Diploma Undang-undang Syariah dan Amalan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2004.


Artikel Lain