suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cedera Parah Jatuh Flat

ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat dua sebuah flat di Taman Flora, Alor Janggus di sini kira-kira 11 pagi Rabu.

Mangsa Ang Chun Ewe, 46, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di kawasan letak kereta flat berkenaan dan mengalami kecederaan parah di kepala, muka, tangan dan lutut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam tengah hari tadi, dan setibanya di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan kritikal.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Polis sedang menjalankan siasatan sama ada mangsa tergelincir dari tingkat dua atau terdapat cubaan membunuh diri," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu saksi kejadian Abdul Rahim Hassan, 40, berkata ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi kuat dari luar, dan sejurus keluar mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan parah.

"Saya lihat mangsa terbaring di atas jalan...mata dan muka mangsa berdarah dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," katanya.

Artikel Lain