suria

#APO2016: Chef Zam Sentiasa Dahagakan Cabaran

PETALING JAYA: Himpunan program masakan dengan telatahnya yang mencuit hati dan begitu disenangi menjadikan chef selebriti ini semakin dikenali.

Chef Zam turut berkongsi pengalaman dalam bidang masakan menerusi penubuhan Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) di Pusat Perdagangan One Puchong bersama dua rakan kongsinya.

Pemilik nama sebenar Zamani Abdul Wahab ini pernah menyuarakan bahawa beliau sanggup mencuba apa sahaja dengan bidang yang berkaitan dengan makanan selagi ia memberi cabaran kepadanya.

Dari perunding restoran, pengacara program masakan sehingga ke pengasas kolej kulinari, semuanya telah membuktikan beliau sebagai seorang chef yang serba boleh.

Chef Zam disenaraikan dalam pencalonan awal untuk kategori Chef Selebriti Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Berdasarkan rekod setakat ini, saingan begitu sengit dalam kategori berkenaan.

Jadi, kepada semua yang meminati dan menyokong Chef Zam, segera membuat pencalonan bagi melayakkannya ke lima teratas.

Pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori dibuka sehingga 30 Mac ini sebelum ke fasa seterusnya iaitu mengundi untuk memilih pemenang mulai 1 April ini.

Pencalonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi laman web http://apo.mstar.com.my

APO2016 yang bertemakan Glam Digital bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Acara ini dijayakan bersama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars selaku penaja rasmi.


Chef Zam

Artikel Lain