suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Graduan Perubatan Tanpa Gred Minimum Bakal Menganggur

Dr S. Subramaniam.

PETALING JAYA: Graduan jurusan perubatan bakal berdepan dengan situasi pengangguran sekiranya mereka tidak mempunyai gred minimum untuk memasuki sekolah perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang mengumumkan perkara itu berkata, kementerian menyedari terdapat ejen-ejen yang mendapatkan para pelajar untuk menyertai pengajian di luar negara walaupun sebahagiannya tidak mencapai gred minimum seperti yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.

Dengan keputusan itu, graduan perubatan tidak akan diterima untuk menyertai latihan.

Ahad lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan mengenai pelajar tidak mempunyai "Tiada Sijil Bantahan" yang sepatutnya diperlukan sebagai kelayakan bahawa mereka telah memenuhi keperluan minimum apabila memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

Keperluan minimum pada masa ini ialah 5B dalam subjek Sains dan Matematik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Lain