Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia telah menyelesaikan semua faedah hutang kewangan dan bayaran prinsipal apabila tiba masanya walaupun melalui tempoh yang mencabar pada 2015.
Syarikat itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkaitan kontrak antara 1MDB dan PPHM, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Kami menggesa Rafizi supaya menghentikan usaha tidak bertanggungjawab, terdesak dan bermotifkan politik itu yang secara salah mengaitkan 1MDB dalam perkara sedemikian," katanya.


