Bayar Parkir Guna SMS Di Johor - Semasa | mStar

Bayar Parkir Guna SMS Di Johor

- Gambar hiasan
JOHOR BAHARU: Sejumlah 500,000 penduduk di negeri Johor dijangka mendapat manfaat daripada sistem SMSParkir, sebuah sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini, hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M.Idrus  berkata sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta.

"Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon," kata beliau kepada pemberita di UTM, di sini Isnin.

Teknologi itu kemudiannya dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan dan teknologi, Zen Trillion Sdn Bhd., yang kini merupakan rakan kongsi UTM untuk tujuan pengkormersilan.

Sevia, yang juga ketua projek itu, berkata buat permulaan, sistem parkir baharu ini akan dilaksanakan di kawasan parkir di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) bermula 1 April ini melibatkan 30,000 tempat letak kereta

"Pengguna hanya perlu menghantar maklumat nombor pendaftaran kenderaan, lot parkir dan tempoh parkir menggunakan kod pendek lima digit.

Setiap penghantaran akan disahkan oleh pelayan SMSParkir sebelum kredit telefon pengguna ditolak berdasarkan caj pakir yang ditetapkan," katanya.

Katanya SMS peringatan akan dihantar beberapa minit sebelum parkir tamat dan pengguna juga tidak perlu membuat membuat pendaftaran awal untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Bayaran tempat letak kereta melalui telefon ditawarkan kepada pelanggan syarikat telekomunikasi (Celcom) di peringkat permulaan tidak lama lagi.

Katanya kemudahan ini turut dapat diperolehi pengguna yang membayar menggunakan kemudahan aplikasi mudah alih yang boleh dimua turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar.

"Bagi pihak MJBT pula, sistem ini dijangka meningkatkan kecekapan penguatkuasaan saman dan kompaun parkir di mana mereka dapat memantau dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar," kata Sevia.

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain