suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adenan Mahu 22 Julai Diisytihar Hari Kemerdekaan Sarawak

Tan Sri Adenan Satem
MUKAH: Tan Sri Adenan Satem mahu tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak dan pekerja di negeri itu diberikan cuti umum.

Ketua Menteri berkata mengisytiharkan Julai 22 sebagai Hari Kelepasan Am bagi Sarawak dibuat sebagai menghargai usaha mereka yang berjuang untuk kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Bercakap pada pelancaran program Sejiwa Senada, Sabtu, Adenan juga berkata kadar cukai pintu akan dikurangkan.

Adenan berkata pengurangan cukai taksiran adalah untuk mengurangkan beban rakyat memandangkan kos hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata kabinet negeri akan membincangkan tentang kedua-dua perkara perkara ini tidak lama lagi.

Adenan turut mengumumkan tiga calon yang bertanding bagi kerusi di kawasan itu.

Kerusi Dalat akan dipertahankan oleh penyandangnya Datuk Fatimah Abdullah, Yussibnosh Balo untuk Tellian, manakala Abdul Yakub Arbi akan bertanding di Balingian.

Artikel Lain