suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Mula Siasat Pembelian Banglo Guan Eng

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada harga rendah daripada  pasaran.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, banyak aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung isu berkenaan.

"SPRM akan jalankan siasatan. Kita akan ambil masa untuk jalankan siasatan.

"Lain-lain perkembangan akan kita beritahu kemudian," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Media pada Jumaat melaporkan Guan Eng didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.

Ditanya jika ada laporan berhubung kes yang sama berkaitan Guan Eng sebelum ini, Azam berkata: "Saya tidak tahu mengenainya. Setakat ini, saya tidak dapat maklumat berhubung perkara itu."

Sebelum ini, SPRM dalam kenyataannya memberitahu pihaknya merakam keterangan pengadu berhubung isu pembelian rumah terbabit yang beralamat di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

"Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian,"  menurut kenyataan itu. 


Artikel Lain