suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Pendakwaan, Wartawan Australia Dihantar Pulang Segera

SAC Dev Kumar

KUCHING: Dua wartawan Australia yang telah diberitahu bahawa mereka tidak akan didakwa kerana cuba bertanya soalan Perdana Menteri pada Sabtu lalu akan meninggalkan negara ini dengan segera.

Peguam mereka, Albert Tang, memberitahu The Star bahawa dua wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABS) itu akan berada di balai polis untuk menyelesaikan ikan jamin.

Mereka kemudiannya akan terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar dalam kenyataan pada pagi Selasa mengesahkan bahawa wartawan daripada rancangan Four Corners - Liston Besser dan Louie Eroglu tidak akan dikenakan dakwaan.

"Kertas siasatan polis telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac (Isnin). Keesokan harinya polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya bahawa tiada pendakwaan akan difailkan terhadap kedua-duanya.

"Sebaliknya, mereka akan dihantar pulang dari negara ini mengikut Seksyen 18 (3) (h) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Lain