suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Bertudung Dipuji Selamatkan Anjing Cedera

PETALING JAYA: Satu klip video yang menunjukkan seorang wanita memakai tudung menyelamatkan anjing yang tercedera telah tersebar luas di media sosial, dengan netizen memuji usaha murninya itu.

Video berdurasi 33 saat itu menunjukkan seorang wanita yang memakai seluar jeans biru, berbaju hitam dan bertudung coklat tunduk untuk mengambil anjing yang terbaring di atas pembahagi jalan.

Video berkenaan dimuat naik ke laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue pada pagi Isnin.

Ia dirakamkan oleh seseorang dari dalam sebuah kereta yang melalui kawasan itu.

Rakaman itu juga menunjukkan wanita berkenaan mendukung dan membawa anjing tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai lokasi ia dirakamkan.

Video berkenaan menerima lebih daripada 4,500 'likes' dan dikongsi oleh 4,591 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik pada 11.20 pagi, Isnin lalu.

Ia juga menerima lebih 496 komen yang memuji sikap prihatin wanita berkenaan.

Artikel Lain