suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tidak Terima Sebarang Pendapatan Lain - JPM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada mana-mana syarikat.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan Najib juga tidak menerima sebarang faedah dalam bentuk kad kredit korporat.

JPM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang ingin tahu sama ada perdana menteri mempunyai pendapatan lain atau menikmati sebarang faedah dalam bentuk kad kredit korporat.

Mengenai perbelanjaan protokol perdana menteri bagi lawatan rasmi pada 2015 dan 2016, JPM memaklumkan bahawa semua perbelanjaan protokol Najib bagi tujuan tersebut telah mengambil kira pelbagai langkah perbelanjaan berhemah kerajaan.

"Perbelanjaan protokol dilakukan ke atas perkara yang benar-benar perlu sahaja tanpa menjejaskan objektif utama lawatan rasmi tersebut," menurut JPM dalam jawapan itu.

JPM berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta JPM menyatakan jumlah perbelanjaan protokol perdana menteri memandangkan beliau mengumumkan niat mengurangkan perbelanjaan protokol bagi lawatan rasmi perdana menteri dan anggota Kabinet.-- Bernama 

Artikel Lain