suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Boleh Saja Bubarkan DUN, Adakan Pilihan Raya - Mukhriz

Mukhriz Mahathir.

SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan menuntut supaya pilihan raya diadakan ketika beliau diberi tekanan supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Beliau bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana negeri itu boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Menurut Mukhriz, negeri itu sudah hampir pasti akan kembali kepada pembangkang sekiranya pilihan raya diadakan pada masa itu kerana rakyat Kedah tidak gembira dengan langkah untuk menyingkirkan beliau.

"Apabila saya dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa saya kehilangan sokongan majoriti dalam DUN, sebagai menteri besar, saya masih mempunyai tindakan lain iaitu dengan membubarkan DUN.

"Kalau saya buat, Umno akan kalah dan negeri Kedah akan kembali kepada pembangkang," katanya di Puchong pada Selasa.

Mukhriz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam berkata, beliau sayangkan Umno dan tidak akan mengkhianati parti itu.

"Saya tidak melakukannya kerana saya masih sayangkan Umno dan Barisan Nasional, dan tidak akan bertindak untuk mengkhianati parti walaupun dimalukan segelintir pihak di dalam parti," katanya.

Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar awal bulan lalu dan digantikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah, yang juga Adun Bakar Bata mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Februari lalu.

Mukhriz Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Lain