suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Wartawan Australia Dijangka Didakwa Selasa

KUCHING: Dua wartawan warga Australia, Linton Besser dan Louie Eroglu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Dev Kumar mengesahkan perkara tersebut kepada The Star pada kira-kira 11 malam Isnin.

Beliau berkata, peguam kepada kedua-dua wartawan itu telah dimaklumkan mengenai pertuduhan itu, dan beliau sendiri baharu mendapat maklumat berkenaan.

"Tidak pasti apakah dakwaannya. Anda akan ketahuinya di mahkamah esok," katanya.

Besser, seorang wartawan dan Eroglu, seorang jurucakap dari program Australian Broadcasting Corporation's Four Corners, sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awamnya untuk melakukan tugas-tugasnya.

Kedua-dua mereka ditahan pada malam Sabtu, selepas cuba untuk menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu dalam lawatannya ke Kampung Haji Baki.

Artikel Lain