suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Serangan Bom Kereta Di Angkara

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta di Ankara pada Ahad, yang setakat ini menyebabkan 34 orang maut dan 125 lagi cedera.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Malaysia melahirkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada Kerajaan Republik Turki dan keluarga mangsa-mangsa insiden serangan itu.

"Malaysia menganggap insiden terbaru ini sebagai keganasan yang kejam dan berharap pelakunya akan dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, Kedutaan Malaysia di Ankara sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Turki bagi menentukan jika ada rakyat Malaysia yang maut atau cedera dalam serangan itu.

Setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda mengenai kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia.

"Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang tinggal di atau melakukan perjalanan ke Ankara supaya sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan peribadi dan keselamatan persekitaran," kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain