suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Dipercayai Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian

KLANG: Mayat dipercayai seorang wanita disyaki dibunuh ditemukan di dalam sebuah beg pakaian di dalam parit di Lot 2817, Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru di sini, pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Nor Omar Sappi berkata, beg pakaian berwarna hitam jenama Polo itu ditemukan penduduk kampung kira-kira 11.30 pagi. 

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di dalam parit berkenaan.

"Maklumat lebih lanjut mengenai mayat seperti identiti dan punca kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini esok," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal berdekatan tempat kejadian memberitahu pemberita, beg pakaian itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh jirannya yang terhidu bau busuk ketika melalui parit berkenaan. 

Menurut saksi berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu, mereka bagaimanapun tidak berani membuka beg berkenaan lalu terus melaporkannya kepada pihak polis.

"Semasa polis tarik keluar beg tersebut, sebahagian beg telah terkoyak dan nampak mayat tersebut sudah mula reput, namun masih dapat lihat sebahagian kulit," katanya. - Bernama

Artikel Lain