suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Dah Lama Nak Letak Jawatan Dari Petronas - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau telah lama berhasrat untuk meletakkan jawatan dari Petronas sebelum Kabinet sebulat suara bersetuju untuk menamatkan pelantikan beliau sebagai penasihat syarikat itu.

"Sebenarnya, saya telah letak jawatan dari Petronas sebelum ini. Tetapi Petronas tolak perletakan jawatan saya mahupun elaun yang saya kembalikan semula," kata bekas perdana menteri itu sambil menambah syarikat itu terus mendepositkan elaun ke dalam akaun banknya.

"Saya letak jawatan kerana saya tidak fikir saya perlu menjadi penasihat yang tidak menasihati atau dibayar tanpa melakukan apa-apa," katanya menerusi blognya pada Isnin.

Dr Mahathir digugurkan sebagai penasihat Petronas berdasarkan satu keputusan sebulat suara oleh Kabinet pada Jumaat lalu.

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu disebabkan oleh Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, maka beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Ia berikutan tindakan beliau melancarkan Deklarasi Rakyat menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Dr Mahathir, terdapat beberapa pihak yang tidak mahu beliau terlibat dengan Proton atau Yayasan Kepimpinan Perdana.

Petronas, Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain