suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr M Berperanan Dekati Kelompok 'Anti Pembangkang'

KUALA LUMPUR: Peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam deklarasi "Selamatkan Malaysia" adalah untuk mendekati kelompok masyarakat yang gagal dilakukan pembangkang.

Ahli Parlimen Shah Alam daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pihaknya mengakui wujud kelompok masyarakat yang enggan memberi perhatian kepada apa jua penjelasan pembangkang.

"Oleh itu apabila Dr Mahathir bersama dalam gerakan ini, kita mahu mendekati kumpulan berkenaan.

"Kami mahu mendidik orang ramai mengenai keperluan akauntabiliti dan ketelusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Walau bagaimanapun Khalid berkata isu memaafkan Dr Mahathir berhubung semua tindakannya semasa menjadi perdana menteri tidak timbul.

"Isunya ialah untuk menyatukan rakyat demi membawa pembaharuan kepada masyarakat. Pembaharuan boleh berlaku jika berundur Najib," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain