suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Seorang Dari 17 Adun Umno Tak Sokong MB

KUALA TERENGGANU: Enam belas daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menandatangani ikrar bagi menyokong kerajaan negeri Barisan Nasional.

Hanya Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak menandatangani ikrar berkenaan pada Selasa.

Ahmad Razif memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu bahawa beliau berikrar untuk menentang sebarang cubaan untuk menyingkirkan beliau atau menjatuhkan kerajaan negeri BN. 

"Saya akan lawan demi rakyat dan ini adalah janji saya bahawa saya tidak akan mengecewakan anda.

"Dengar baik-baik kepada mereka yang berhasrat untuk menyingkirkan saya atau menggulingkan kerajaan negeri. Saya tidak akan tunduk.

"Saya akan terus berjuang walaupun terdapat halangan, dan saya tidak akan putus asa," kata Ahmad Razif pada sidang DUN.

Ahmad Razif kemudiannya memberitahu pemberita bahawa 16 Adun Umno telah menandatangani ikrar bagi menyokong kerajaan negeri Barisan Nasional.

Umno mempunyai 17 Adun di 32 kerusi DUN manakala 15 lagi daripada pembangkang.

Artikel Lain