suria

Kanak-Kanak Enam Tahun Teruja Main Piano Elton John

PETALING JAYA: Pemain piano muda Malaysia, Yaashinii Kalai Vasudavan tidak sabar untuk bermain "Big Red" - piano milik Sir Elton John apabila dia membuat persembahan di Royal Albert Hall London pada bulan ini.

Pemain piano berusia enam tahun itu memenangi kategori junior Hadiah Utama Virtuoso pertandingan muzik antarabangsa.

"Saya teruja untuk bermain piano merah di Royal Albert Hall, dan saya juga teruja untuk pergi ke Istana Buckingham dan Jambatan London," kata Yaashinii ketika dihubungi The Star.

Yaashinii, yang tinggal di Perth bersama ibu bapanya warga Malaysia.

Dia telah bermain piano selama tiga tahun dan baru sahaja bermula pada gred tujuh.

"Saya berlatih setiap hari," katanya.

Selain bermain piano, kanak-kanak itu juga meminati sukan renang dan seni.

Artikel Lain