suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Perlu Ikut Proses Demokrasi Jika Ingin Tukar Pentadbiran

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut proses demokrasi negara ini dan menunggu pilihan raya umum akan datang, sejajar dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, sekiranya ingin menukar pentadbiran dan perdana menteri, kata seorang jurucakap kerajaan.

Jurucakap itu berkata kerajaan masa kini, yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan dipilih rakyat pada 2013.

"Mekanisme untuk menukar kerajaan dan perdana menteri sudah sedia ada. Ia dikenali sebagai pilihan raya umum.

"Dan, ia adalah satu-satunya mekanisme yang sah di sisi undang-udang, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang akhbar bersama yang diketuai Dr Mahathir hari ini, yang antara lain, menggesa Najib berundur.

Jurucakap itu berkata sidang akhbar berkenaan, yang turut dihadiri bekas musuh Dr Mahathir, mempamerkan keadaan mereka yang begitu terdesak dan menebalnya sifat oportunisme mereka dalam politik.

"Hari ini, Tun Mahathir dan bekas musuh beliau telah mempamerkan oportunisme dan keadaan terdesak mereka dalam politik," kata jurucakap itu.

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain