suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Besi Buruk Mati Ditembak

TAIPING: Seorang pemilik kedai besi buruk mati ditembak, dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah.

Lelaki berusia 40 tahun itu yang mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk dadah, ditembak berhampiran pasaraya besar Giant di Jalan Perusahaan 3 di Taman Tekah Permai di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata dia mengalami kecederaan di kepala, perut dan lengan.

"Dia masih mampu memanggil salah seorang  pekerjanya untuk mendapatkan bantuan selepas dia ditembak.

"Pekerjanya kemudia menghubungi adik lelakinya yang bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dia tidak sedarkan diri di tepi jalan," kata Harrith Kam.

"Mereka bergegas membawa mangsa ke Hospital Taiping dan disahkan meninggal dunia di sana," katanya.

"Kami masih tidak dapat menentukan motif di sebalik kejadian. Kami tidak menolak unsur membalas dendam ke atas beberapa urusan," katanya.

"Bedah siasat sedang dijalankan sekarang," katanya.

Harrith Kam menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis. Kes itu telah diklasifikasikan sebagai pembunuhan.
peniaga besi buruk, Harrith Kam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain