suria

Kanak-Kanak Perempuan Mati Dipercayai Didera

- Gambar hiasan
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira dua tahun meninggal dunia di Menglembu di sini, pagi Jumaat, dipercayai akibat didera.


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya mendapat laporan tentang kematian kanak-kanak itu daripada sebuah klinik kesihatan berhampiran.

"Mangsa dibawa oleh neneknya ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Sum berkata hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala mangsa.

Katanya polis akan merakam percakapan beberapa saksi untuk mengenal pasti suspek.

mangsa dera, Sum Chang Keong

Artikel Sebelum

Peniaga Besi Buruk Mati Ditembak

Artikel Lain