suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Remaja Maut Dalam Kemalangan

TAIPING: Seorang remaja lelaki antara dua maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 8.5 Jalan Jelai-Kampung Masjid dekat Batu Kurau di sini, Rabu.

Mereka yang maut ialah Badrul Amin Yusri, 17, dan Abu Mansor Mat Zin, 57, manakala seorang lagi remaja lelaki berumur 15 tahun yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian  pada pukul 8 pagi, Abu Mansor yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Pantai Besar menghala ke Jelai manakala dua remaja itu dari arah bertentangan.

"Kedua-dua motosikal dipercayai bertembung dari arah bertentangan. Badrul meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Abu Mansor meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan  1987.

Remaja, Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain