suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Malaysia Dinasihat Kemuka Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Singapura

Tan Sri Clement Hii Chii Kok
PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia dinasihatkan oleh peguamnya untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Singapura dalam kesnya terhadap seorang pakar bedah dan Pusat Kanser Nasional Singapura (NCCS).

"Peguam saya telah menasihatkan saya bahawa saya mempunyai alasan yang baik untuk memfailkan rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Perkara ini kini masih dalam pertimbangan," kata Tan Sri Clement Hii Chii Kok dalam satu kenyataan media petang Selasa.

Hii telah menyaman pakar bedah Singapura London Lucien Ooi dan NCCS kerana tersalah mendiagnos dan memberikan nasihat yang salah dengan kondisinya dan telah menjalani pembedahan kompleks pada Ogos 2010 untuk membuang bahagian-bahagian dalam lima organnya.


Hii mendakwa beliau telah diberitahu oleh defendan bahawa beliau mengalami 'kanser pankreas' dan pembedahan merupakan satu-satunya pilihan yang ada.

Artikel Lain