suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Potong Kemaluan Suami Ditangguh April Depan

KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen pada Isnin menangguhkan kes seorang wanita tempatan yang didakwa memotong kemaluan suaminya, untuk didengar pada April depan.

Hakim Sazlina Safie membenarkan penangguhan itu dan menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes tersebut.

Tertuduh Fatimah Abdullah, 51, yang sebelum ini mengaku bersalah telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada pada Isnin dan meminta kes dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin, manakala Fatimah diwakili peguam J. Gunamalar.

Pada 28 Januari lepas, Fatimah mengaku bersalah di hadapan Sazlina selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Fatimah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain