suria

Aset Pelaburan Kasar KWSP 2015 Lebihi Sasaran RM40 Bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM44.23 bilion pada 2015, melepasi sasaran RM40 bil buat kali pertama biarpun persekitaran ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.

Pendapatan pelaburan kasar ialah 13.2 peratus lebih tinggi daripada dana persaraan yang dicatatkan pada tahun 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, aset dana di bawah pengurusan berjumlah RM684.53bil meningkat 7.5 peratus dari tahun ke tahun, dengan majoriti daripada aset pendapatan tetap.

Beliau berkata, KWSP tetap berhati-hati  dalam pendekatan pelaburan sepanjang tahun lepas, dengan lebih separuh daripada asetnya dalam pendapatan tetap. 

"Ini melindungi modal dan mengekalkan dividen minimum. Manakala ekuiti dan bahagian hartanah melindungi kita terhadap inflasi," katanya pada Isnin.

Artikel Lain