suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dividen 6.4 Peratus KWSP Tahun 2015 Amat Berpatutan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Pengumuman dividen 6.4 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2015, berpatutan, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata ia merupakan petunjuk mengenai pengurusan pelaburan yang baik dan berhemat KWSP memandangkan dunia kini berhadapan pelbagai halangan.

Sabtu lepas, tabung simpanan persaraan itu mengumumkan kadar dividen 6.4 peratus, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM38.24 bilion.

Peningkatan itu selari dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP yang berjumlah  RM684.53 bilion pada 31 Disember, 2015, manakala pendapatan kasar meningkat 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.-Bernama

KWSP, CIMB, Dividen

Artikel Lain