suria

Najib, Tun Razak Ada Persamaan - Veteran Umno

Abdul Majid menyifatkan Najib mempunyai beberapa persamaan dengan bapanya, Tun Razak.

BAGI veteran Umno Pekan, Abdul Majid Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai beberapa persamaan dengan Allahyarham bapanya.

Apabila Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan genap 40 tahun pada Ahad, Abdul Majid merupakan salah seorang daripada mereka yang menjulang Najib bagi meraikan kemenangannya bergelar Ahli Parlimen pada usia muda.

Abdul Majid berkata Najib dan bapanya bersikap rendah diri dan tidak suka protokol.

“Tun Abdul Razak tidak sukakan protokol dan akan cuba yang terbaik untuk mengelak, terutama permaidani merah. Najib juga sama.

"Saya percaya ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi dan anda boleh tanya semua penduduk Pekan, beliau tidak pernah membawa dirinya dengan cara itu," kata Abdul Majid.

Warga emas berusia 86 tahun itu berkata beliau antara salah seorang yang menghantar kertas pencalonan Najib kepada bendahari parti untuk kelulusan bagi menurunkan beliau sebagai calon untuk Parlimen Pekan selepas kematian Tun Razak.

"Beberapa orang termasuk dirinya, membawa Najib ke pelbagai kawasan di sekitar Pekan untuk berkempen dan kami berkongsi bilik sama sepanjang tempoh tersebut.

"Saya masih ingat saya tidak boleh tidur pada malam itu apabila kami berada di sana untuk bertemu masyarakat orang asli," katanya.

Abdul Majid berkata Najib yang berusia 22 tahun pada ketika itu mempunyai pengalaman bekerja apabila beliau memenangi kerusi yang disandang bapanya.

"Pada ketika itu, beliau sudah bekerja sebagai pengurus komunikasi korporat di Petronas. Dari situ, kita sudah dapat melihat kemahiran kepimpinan beliau.

"Najib belajar dengan cepat bagaimana untuk berucap dan dilatih menjadi seorang ahli politik.

"Selepas memperoleh beberapa pengalaman, saya percaya beliau bertukar menjadi seorang pemimpin yang tegas," katanya.

Mengimbau kembali pengalaman peribadi bersama Najib, Abdul Majid berkata perdana menteri itu adalah seorang pemimpin sederhana yang gemar bertanya soalan.

"Beliau tidak takut untuk bertanya pendapat dan banyak kali bertanya kepada rakan-rakannya untuk mendapatkan maklum balas mereka supaya beliau boleh memperbaiki kelemahan diri," katanya.

Najib Tun Razak, veteran Umno, Pekan

Artikel Berikut

Artikel Lain