suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyraf Wajdi Harap Ustaz Kazim Terus Berceramah

Asyraf Dusuki sempat melawat Ustaz Kazim di HUSM, Kubang Kerian.

PASIR PUTEH: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap Mohd Kazim Elias yang dikini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada, berharap beliau cepat sembuh dan meneruskan kerja dakwahnya.

Asyraf Wajdi yang melawat Mohd Kazim pada Ahad, berkata pendakwah itu dilihatnya semakin sihat.

Timbalan menteri itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh di sini.

Mohd Kazim, 44, dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, 9.30 malam hari Jumaat lepas.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Asyraf Wajdi menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah dalam media sosial kononnya Mohd Kazim sudah meninggal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain